Search This Blog

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 Pendidikan prasekolah bertujuan :
  1. Memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna
  2. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan bertanggungjawab di sekolah rendah kelak.
KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KURIKULUM PRASEKOLAH

 Kanak-kanak prasekolah di Malaysia terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur antara empat sehingga enam tahun, berbilang kaum dan keturunan serta mempunyai pelbagai latar belakang keluarga, ekonomi dan budaya. 
 Kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat. Mereka sudah boleh memahami simbol dan sosialisasi (Debord dan Hertzler dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir berkembang apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang memberi peluang mereka menyentuh, merasa, mencampur, memusing dan mencampak. Penerokaan dan keperluan bagi menguji sikap berdikari lebih ketara pada peringkat umur di prasekolah. Berdikari adalah asas tahap emosi pada peringkat awal kanak-kanak. Belajar berdikari adalah cara kanak-kanak membentuk daya inisiatif atau motivasi yang sihat. Kanak-kanak prasekolah mengambil lebih inisiatif dan bersedia belajar serta lebih berobjektif. Mereka memerhati, main peranan dan mula mengumpul dan memproses maklumat (Satter, dalam Swadener, 1994).

  

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Ahli-ahli konstruktivis seperti Piaget dan Vygotsky membuktikan pengetahuan dapat dibina atau dibentuk oleh individu. Pemikiran dan pembelajaran adalah ‘self-initiated’ yang semula jadi ada dalam diri kanak-kanak. Apa yang individu boleh dan akan tanggap dan tumpu ditentukan oleh kanak-kanak itu sendiri. Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak (Gaithersburg dan rakan-rakan, 1998). Faktor persekitaran melibatkan penyampaian guru, aktiviti yang disediakan, bahan yang digunakan dan peluang interaksi kanak-kanak dengan guru, rakan dan bahan. Dengan itu, kedua-dua faktor semula jadi dan rangsangan atau pengaruh persekitaran saling bantu-membantu dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
Pengajaran dan pembelajaran disusun supaya guru dapat menyampaikan maklumat yang membolehkan kanak-kanak berfikir dan belajar dengan mengambil kira perkembangan kognitif kanak-kanak dan faktor persekitaran. Kebolehan kanak-kanak belajar pula bergantung pada persepsi, penumpuan, bermain, berkomunikasi dan mengingat maklumat yang disampaikan (Gaithersburg dan rakan-rakan, 1998). Persepsi atau tanggapan kanak-kanak adalah terhad. Kanak-kanak menanggap sesuatu objek dan idea sebagai ‘dichotomous’ (bahagian atau jenis); iaitu sesuatu itu sama ada seperti ‘cara ini’ ataupun ‘cara itu’, ‘betul’ ataupun ‘salah’, ‘baik untuk kamu’ ataupun ‘tidak baik untuk kamu’. Penumpuan Kanak-kanak hanya boleh bertumpu pada satu ataupun dua objek pada satu masa. 
  Berfikir adalah ‘object-oriented’, fizikal dan kerap berfokus pada visual. Apabila kanak-kanak didedahkan kepada objek konkrit yang baru, maka proses mengorganisasikan pemikiran dan tingkah laku ke atas objek bermula. Dengan ini, bagi menarik tumpuan kanak-kanak supaya berlaku pembelajaran, maka sesuatu yang konkrit, baru, dapat dilihat dan menarik perhatian perlu dipersembahkan. 


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PRASEKOLAH

Bahasa Melayu dan Bahasa Cina

Bahasa Inggeris , Komponen Perkembangan Kognitif, Komponen PendidikanIslam, Komponen Pendidikan Moral,Komponen Perkembangan Sosioemosi Komponen  Perkembangan Fizikal, Komponen Kreativiti dan Estetika


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN


TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH


1.0  PEMUDAHCARAAN

1.1  KEMAHIRAN PEMUDAHCARA KANAK-KANAK PRASEKOLAH
        Pemudahcara ialah teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan melalui satu proses yang panjang.
        
        Secara mudah konsep fasilitator merujuk kepada usaha-usaha guru untuk:
- Menjadikan senang (make easy ease)
- Menggalak (promote)
- Mempercepatkan (expedite)
- Memudah (simplify)
- Membantu (Assist)
- Menolong (help)
- Memajukan (advance)

Di antara kemahiran pemudahcaraan yang releven dengan murid-murid ialah:
  • Penyoalan
  • Pelayanan (Attending)
  • Penstrukturan Kognitif
  • Galak dan Saran (Prompting & Cue)
  • Kongsi dan Bina (Sharing & Construction)
  • Renungan Kembali (reflecting)
  • Kepelbagaian rangsangan
  • Pengukuhan
Fasilitator kadang-kadang bertindak bagai pelita yang menyinari keadaan persekitaran atau umpama payung yang melindungi benda lain atau pokok yang rimbun memberikan manfaat kepada keadaan persekitaran.Sebagai fasilitator yang berkesan, elemen-elemen berikut akan dapat meningkatkan kualiti seorang fasilitator.


Sahsiah
Berkualiti dan memiliki ciri-ciri yang berkesan. Mempunyai kecerdasan emosi yang stabil dan harmoni.
Profesion
Bersikap profesional semasa menjalankan tugas.
Teknologi
Menggunakan teknologi yang bersistematik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat pelbagai teknik pemudahcaraan yang boleh digunakan oleh guru mengikut gerakbalas murid. Oleh itu guru hendaklah menggunakan teknik yang sesuai dan tepat dengan keperluan murid berdasarkan sesuatu
situasi.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN TEKNIK PEMUDAHCARAAN KEPADA GURU
- Memotivasikan kanak-kanak supaya mempunyai dorongan yang kuat untuk belajar dan bercita-cita 
  memperolehi pencapaian yang baik.
- Membantu kanak-kanak mencari penyelesaian yang dihadapi dalam pembelajaran.Membimbing kanak-kanak
  dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan baik dan berkesan.
- Menolong kanak-kanak lemah/pandai dengan menyediakan pendidikan pemulihan dan pengayaan.
- Meneguhkan pembelajaran kanak-kanak dengan menggunakan ganjaran dan pujian.
- Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih mencabar.
- Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan bagi mencapai
  objektif pelajaran.
- Menyedarkan kanak-kanak untuk mencari dan menambah pengetahuan sendiri.
- Meneguhkan tingkahlaku positif.
- Menghindarkan tingkahlaku negatif secara terbuka, tidak terancam, tidak menghukum dan mesra.


1.0 TEKNIK-TEKNIK PEMUDAHCARAAN

1.1 PENYOALAN
      Bertujuan memperluaskan idea dan soalan jenis bercapah(konvergen) atau divergen (berfokus).
  • Memandu
  • Mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
  • Berfokus dari soalan umum ke khusus
  • Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa dan ada kejelasan.
  • Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir
  • Sebaran kepada semua kanak-kanak.
  • Layanan jawapan sama ada pujian dn galakan.
  • Mencabar (sterotype) sesuatu yang difikirkan betul atau tidak betul.
  • Mendorong/menggalak pemikiran semula.