Search This Blog

KEMAHIRAN BERFIKIR

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

   
    Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 
        Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk mengelaskan kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi. Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contohnya, kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. Perkataan ‘kemahiran berfikir’ yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bermaksud kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding dan membeza, menyusun atur,mengelas dan mengenalpasti sebab dan akibat. Ia adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak , pelbagai dan baru dan kemahiran merekacipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan dibawah kemahiran berfikir secara kreatif. Pemikiran vertical ialah pemikiran secara logik dan kritis. Pemikiran lateral pula bermaksud mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara kreatif 
    Strategi pengajaran dan pembelajaran  yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan . Ianya juga dapat mencetuskan suasana pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar.  Kaedah  dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah . Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Gaya dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah inovasi dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Kemahiran berfikir ini harus diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bermula dari peringkat prasekolah untuk menjadikan kanak-kanak lebih berkualiti dari segi mental dan fizikal.     



CIRI-CIRI PEMIKIR YANG BIJAK

- cekal melaksanakan tugas
- mendengar secara aktif / pendengar yang baik
- bekerjasama dengan orang lain
- jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
- peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan
- langkah-langkah dan aliran yang  digunakan  
- mahir dalam menyoal
- dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam
- pelbagai situasi yang berlainan
- sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
- kesediaan mengambil risiko dan cabaran