BERMAIN
Aktiviti kanak-kanak ialah bermain. Bermain membolehkan kanak-kanak mencuba skema yang dapat membentuk keyakinan dan penguasaan. Dengan melakukan pengulangan, kanak-kanak berpeluang menjelajah dan menguji maklumat baru, mengkategorikan dengan betul di dalam ingatan untuk kegunaan masa akan datang. Bermain perlu dijalankan dengan peraturan yang adil dan konsisten. Peraturan perlu jelas dan diulang-ulang. Semasa bermain, kanak-kanak cuba memahami hubungan sebab dan akibat, membuat keputusan, penilaian dan akibat daripada interaksi dan bermain dalam persekitaran sosial. Masa yang mencukupi diperlukan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak memperoleh pengalaman pembe-lajaran secara maksimum, berinteraksi dan menyelesaikan masalah.
SPIDER COLOR MEMORY MATCH GAME
http://www.youtube.com/watch?v=vx3A5Uv8fCY
THINKING SKILL GAMES FOR PRESCHOOL KIDS
ALPHABET EXPRESS
BERKOMUNIKASI
Berkomunikasi adalah asas yang penting bagi kanak-kanak memperoleh maklumat gaya hidup sihat. Sesuatu perkataan pada mulanya ditanggapi dan dibawa pada perhatian kanak-kanak daripada guru, ibu bapa ataupun ahli komuniti. Nama sesuatu benda baru perlu diulang-ulang sehingga sebati dan tersimpan untuk pemikiran akan datang. Berkomunikasi adalah kemahiran yang terbentuk daripada bermain. Mereka berlatih teknik berkomunikasi melalui bermain, kerja berkumpulan dan interaksi dengan guru. Mengingat Pelbagai strategi boleh digunakan bagi memperoleh ingatan jangka pendek dan jangka panjang, misalnya mengingat kembali, mengulang dengan pelbagai cara, nyanyian dan lakonan ataupun latihan pengalaman lalu. Perkaitan antara objek, peristiwa dan gambar adalah penting dalam menstruktur ingatan. Strategi lain bagi membentuk perkaitan adalah dengan membayangkan sesuatu dan kaitkan dengan apa yang dilihat, di mana berlaku dan sebagainya. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat membuat hubung kait yang bermakna.
Guru harus ketahui ‘pembelajaran adalah satu proses dan hasil’. Proses berkaitan di antara kanak-kanak dengan maklumat. Manakala hasil adalah ukuran maklumat yang diingat kembali untuk kegunaan masa depan. Pembelajaran dilihat sebagai proses dalaman. Dengan itu, program dirancang supaya kanak-kanak belajar dengan cara ‘self-discovery’, iaitu meneroka maklumat baru yang dapat merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak. Guru mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak dengan menggalakkan mereka meneroka sendiri. Peranan guru sebagai pembimbing penting bagi membantu kanak-kanak berfikir daripada satu tahap ke tahap yang lebih tinggi selepas menguasai sesuatu konsep. Selain itu, kepentingan rangsangan daripada persekitaran budaya sosial mencabar kanak-kanak dengan maklumat baru yang boleh diterjemahkan ke dalam pemikiran.LEMBARAN KERJA
KLIP VIDEO
SMART BABY
CAT AND PRINTER
THE CROW